Kenalkan anda dengan Dr Muhammad Afifi al-Akiti. Sebanarnya saya baru pertama kali mendengar nama dan juga pertama kali mendengar bahawa dia merupakan seorang pensyarah pertama yang menjadi tenaga pengajar di universiti terkenal dan paling berprestij dunia , Universiti Oxford.
Beliau merupakan seorang anak jati Melayu yang berasal dari Malaysia, iaitu di Batu Gajah, Perak.
Baca info selanjutnya untuk mengetahui sejarah dan biodata Dr. Muhammad Afifi al-Akiti.
SEJARAH DAN BIODATA Dr. MUHAMMAD AFIFI AL-AKITI.
Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM juga dikenali sebagai Sheikh Afifi - is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.
Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.
Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.
Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.
Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja DrNazrin Shah.
sumber: kedahlanie.info
Ini sememangnya yang layak untuk kita sebagai umat Islam, dipandang tinggi oleh masyarakat. Dari dulu lagi sejak zaman ilmuan hebat kita sejak zaman Rasulullah saw, pemerintahan khalifah, zaman Turki Uthmaniah, dan banyak lagi yang memperkenalkan kehabatan tokoh-tokoh Islam kita. Harap ramai lagi masyarakat Islam yang mampu menjadi tokok hebat seperti tokoh-tokoh Islam kita sebelum ini.
Tahniah kepada Dr. Muhammad Afifi al-Akiti!
- Thursday, September 29, 2011
- Ibnushukran
-
Posted in
Info Islam
Isu sejarah Mat Indera telah menjadi isu besar di negara kita baru-baru ni, samaada beliau ialah PEJUANG ataupun seorang PENDERHAKA. Saya tertarik untuk mengeluarkan isu ini dengan menyiarkan sejarah sebenar Mat Indera, adakah benar dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Mat Indera itu seorang pejuang tanah air ataupun seorang pengganas, kita nilai sendiri.
SEJARAH MAT INDERA
Nama penuh:
Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak.
Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.
Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.
Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.
KISAH YANG MENJADI KEKELIRUAN RAMAI , PENDERHAKA ATAU PEJUANG?
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.
Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladangdan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.
Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.
Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.
sumber: cpintras.com
Saya ada membaca petikan berita yang disiarkan oleh Berita Harian bertarikh 13/12/2010 yang bertajuk "Kopi kecubung Tewaskan Kekebalan Mat Indera", dimana didalam itu ada juga memberi pandangan bahawa beliau sebenarnya merupakan seorang pejuang tanah air, namun hanya caranya yang salah.
Petikan dalam ini mangatakan bahawa beliau mempunyai peribadi yang tinggi, ilmu agama yang tinggi dan kuat ibadah. Dia juga disenangi penduduk kerana dia sering menghulur bantuan ketika dia di dalam Parti Komunis.
Seorang anak kepada salah seorang lelaki yang ketika itu menangkap Mat Indera mengatakan bahawa ayahnya tidak pernah mengatakan bangga dengan kejayaan menangkap Mat Indera.
Beliau hanya mahu menjadi pejuang kemerdekaan dengan menentang British pada ketika itu, namun tiada kumpulan yang besar mampu menentang British kecuali parti Komunis. Jadi dia tekad untuk menyertai Komunis bagi membantu mencapai kemerdekaan, dan juga diatas sebab kumpulan Melayu ketika itu lambat bertindak.
Mat Indera telahpun tiada, tak elok untuk kita membicarakan kejahatan ataupun keaiban beliau, serahkan kepada Allah swt untuk menentukan samaada arwah pejuang ataupun penderhaka, saya post isu ini semoga saya dan kita semua jelas dengan sejarah sebenar Mat Indera. Semoga arwah dirahmati Allah swt.
- Wednesday, September 28, 2011
- Ibnushukran
-
Posted in
Sejarah
SYDNEY – Dua tonggak utama, Brett Emerton dan Harry Kewell tidak akan diturunkan Australia apabila menerima kunjungan Malaysia dan Oman untuk perlawanan persahabatan antarabangsa di tempat sendiri bulan depan.
Sebaliknya, jurulatih Australia, Holger Osieck membenarkan kedua-dua pemain itu beraksi untuk kelab masing-masing sehari selepas menentang Malaysia pada 7 Oktober.
Kata Osieck, beliau terpaksa memberi laluan kepada kedua-dua pemain untuk perlawanan pembukaan musim Liga A Australia yang mana Kewell bermain untuk Melbourne Victory dan Emerton di Sydney FC.
Bagaimanapun, beliau tetap akan memanggil pula pemain yang beraksi dalam Liga Perdana England iaitu Tim Cahill, Lucas Neill dan Mark Schwarzer.
“Tentunya orang akan menganggap tindakan ini tidak betul tetapi saya telah membuat kepu- tusan untuk memberi peluang kepada Harry dan Bret bermain dengan kelab baharu mereka,” katanya.
Australia akan bertemu Malaysia di Canberra buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun pada perlawanan persahabatan itu dan Oman empat hari kemudian di Sydney.
Australia dan Oman masih meneruskan cabaran melayakkan diri ke Piala Dunia 2014, manakala cabaran Malaysia ditamatkan Singapura lebih awal.
Australia menang perlawanan pertama Kumpulan D kelayakan Piala Dunia dengan menewaskan Thailand 2-1, diikuti Arab Saudi 3-1 awal bulan ini. [SUMBER]
Australia seperti memandang rendah akan kemampuan Malaysia, mereka turun tanpa dua tonggak utama. Harap Harimau dapat menembus ego Australia, ayuh Harimau Malaya!
Hukum Hudud masih lagi menjadi permasalahan bagi pihak yang kurang mengerti kepentingannya dan mereka menjadikan isu ini sebagai mainanan politik.
Sehingga ada pihak yang membuat jenaka berstatus 'gila' kerana mengeluarkan satu kartun yang nampak jelas mempersendakan Islam, bagaimana fikiran sempit dan tipis itu diluahkan dengan sebegitu kotor, lihat sini UTUSAN MALAYSIA Hina Islam Lagi!.
Namun semalam Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong hasrat TG Nik Aziz untuk laksanakan Hudud di Kelantan. Hasrat itu juga turut disokong oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.
Hasrat TG Nik Aziz telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak, dan kini kita sebagai umat Islam seharusnya menyokong hasrat pelaksanaan ini, hukuman ini bukan dilaksanakan dengan sesuka hati , ini telah dilandaskan dalam Islam dan ijtihad ulamak dalam melaksanakan hukuman ini.
Bersama kita menyokong Hudud!
Menurut apa yang saya baca, kartunis Miko pernah dulu memhina Islam berkaitan saksi rogol. Dan hari ini sekali lagi mereka iaitu UTUSAN MALAYSIA memhina Islam dengan melukis gambar yang jelas menghina Islam dengan mempersendakan Hudud.
Gambar diatas menunjukkan seorang lelaki yang berserban sambil mendengar nyanyian lagu berbunyi hudud. Saya tidak tahu apa yang difikir puak-puak yang macam ni, ingat hukum Hudud ini permainan politik dan hukuman yang sengaja dicipta oleh manusia. Ini hukum Allah swt, bukannya sengaja direka dengan tujuan lain.
Janganlah jadi bebal sampai melukis gambar yang sebegitu, menggambarkan yang ceteknya kita dalam Islam. Jika tidak setuju sekalipun, berbahas dengan elok dan janganlah memburukkan agama dengan cara begini.
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlh: "Patutkh nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" Janganlh kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana SESUNGGUHNYA KAMU TELAH KUFUR sesudah kamu (melahirkan) iman...[TMQ at-Taubah:65:66]
maaf jika bahasa kurang enak, terbaca entry kt satu blog mengenai gambar ni rasa macam teruk dan pelik fikiran sangat siapa yang melukis gambar macam ni.. bertaubatlah jika rasa diri bersalah.. thanks to Soutulmujahid untuk info ini.