~ASSALAMUALAIKUM~
Dalam perjalanan dari balik tempoh hari, ada satu kempen keselematan kat tepi jalan. Dorang ada bagi satu bag yang dalam tu ada air mineral dan air minuman Malta khas untuk pemandu kereta. Dah la bagi air ni time kita puasa, tapi isu tu tak nak ambik kisah sangat, hak dia untuk memberi dan kita hanya menerima, nak minum atau tak tu antara kita dengan Allah swt.
Malam lepas berbuka nak try la air Malta ni ni kan, tapi biasalah saya klu nak minum ni kene tengok kandungan air, gula dia banyak mana dan sebagainya. Dalam membelek belek tin ni, saya terjumpa lambang crown kat bahagian tepi tin, saya dah syak sesuatu sebab sebelum ni tak pernah plak beli air Malta ni. Lepas tu cek lagi maklumat kt tin ni, ternampak la plak syarikat Guinness yang kita pun tahu Guinness ni salah satu syarikat ARAK besar dunia.
Sudah ternyata bahawa syarikat pengeluar air tin minuman ini dikeluarkan oleh syarikat ARAK besar dunia yang ternyata haram untuk kita meminumnya. Air malta ini sememangnya tidak mengandungi alkohol dan dikatakan halal, namun jika ia dikeluarkan oleh syarikan Arak, adakah kita masih meyakini untuk meminum air ni.
Berikut merupakan pendapat ustaz mengenai status air ini :
Saya mengambil langkah berjaga-jaga iaitu tinggalkan perkara yang syubhah, buatlah perkara yang diyakini halal. Adakah kita akan makan daging lembu yang HALAL yang dikeluarkan olah syarikat pengeluar daging khinzir dibawah satu premis yang sama. Sama sama fikirkan, masih banyak lagi air barli yang 100% halal yang banyak dikeluarkan syarikat yang disahkan halal. Pilihlah yang betul betul halal, tinggalkan perkara yang syubhah.
Saya tidak menyatakan haram meminum air ini, ini diserahkan pada jabatan mufti atau Jakim, cuma saya mengambil langkah berjaga jaga iaitu meninggalkan perkara syubhah ini. Saya tinggalkan satu hadith untuk renungan kita bersama...
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”
Wassalam..
- Monday, August 29, 2011
12 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Info Islam