~ASSALAMUALAIKUM~
Saya baru sahaja selesai menonton episod 1 drama terbaru arahan Eirma Fatima yang berjudul Tahjjud Cinta. Drama yang membarisi pelakon terkemuka tanah air seperti Fazura, Fauziah Ghous, Ziela Jalil, Shahz Jaszle, Remy Ishak, Eman Manan, Norsih Karman, Melissa Saila, Dira Abu Zahar dan Eirma Fatima sendiri. Selepas menonton episod satu di tonton.com, saya terjumpa plak satu artikel yang menyatakan bahawa drama ini memesongkan akidah. Ini dapat dilihat apabila ada page di facebook yang dibuat untuk membantah drama Tahajjud Cinta ini.
Drama Tahajjud cinta yang mula ditayangkan beberapa minggu lalu ternyata mendapat respons yang begitu baik dalam kalangan penonton setia slot Zehra di TV3.
Rata-rata meminati drama ini kerana mesej serta lambakan pelakon popular yang menghiasi sejam waktu siarannya. Namun, di celah-celah keriuhan memperkatakan keberanian pengarahannya membangkitkan isu wanita menerusi drama ini, ada juga pihak yang kurang senang dengan karya Eirma Fatima ini.
Buktinya, wujud laman sosial facebook yang menuntut agar drama ini dihentikan siarannya. Alasannya, drama ini menghina wanita bertudung khususnya kepada mereka yang berpurdah.
Menerusi laman sosial itu juga, Eirma, juga dikecam kerana menulis skrip yang menjurus kepada sikap tidak baik penghuni di sekolah pondok dengan mengetengahkan isu poligami serta penderaan dalam drama itu.
Walaupun Eirma gagal dihubungi, namun beliau turut memberikan reaksi berhubung isu itu menerusi laman twitter miliknya.
“Tahajjud Cinta ada 13 episod! Biar mereka lihat semua dan merangkum seluruh ketidakpuasan hati mereka. Saya jawab akan mengeruhkan lagi keadaan. Lebih baik berdiam kerana biarlah mereka melaungkan suara mereka. Saya akan jawab selepas episod 13,” tegasnya.
Eirma berkata, segala kenyataannya itu tidak berguna pada ketika ini memandangkan pihak yang menentang akan terus mempertahankan hak mereka.
“Saya hanya akan bercakap apabila keadaan reda. Sekarang api kemarahan sedang meluap-luap di pihak sana. Biarlah dulu. Tak guna saya mengeruhkan.
“Tak perlu saya komen. Takpelah! Biarlah mereka nak membantah. Mereka berhak. Akan sampai masanya saya akan bagi kenyataan saya pula,” katanya lagi. [SUMBER]

Bagi pendapat saya sendiri, saya cukup menghormati tindakan Eirma Fatima kerana berjaya menghasilkan filem sebegini, menerapkan ciri keIslaman dalam hasil karya beliau. Eirma juga telah menyerap artis yang nampak kurang di dalam imej Islam mereka, dengan mengambilan mereka siapa tahu dengan izin Allah swt mereka akan berubah setelah mengalami pengalaman berlakon dalam filem seperti ini. Di dalam hal itu saya cukup bangga dengan tindakan Eirma.
Mengenai isu yang diterbitkan masyarakat di Facebook, saya tidak ada komen kerana saya pun belum tengok drama ni hingga habis lagi, tak tahu di mana salah di dalam jalan cerita ini. Saya ikut cakap Eirma, kita tengok sampai episod ke 13.
p/s: cuma tak senang bila dalam drama ni sekejap Fazura dan Fauziah Ghous pakai tudung , sekejap tak. Mungkin dalam rumah dia dia buka tudung kan, tp pelakon lain kt dalam rumah dia elok je boleh pakai tudung.. klu setiap masa pakai tudung lagi cantik.. episod 2 tengok malam ni la plak.. hehe
- Friday, July 22, 2011
24 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Dunia Hiburan