Kebakaran itu berlaku selepas akhbar tersebut menyatakan bahawa Nabi Muhammad menjadi editor undangan.
Menurut seorang pegawai polis, kebakaran itu berlaku pada lewat malam kelmarin di akhbar Charlie Hebdo dan puncanya masih tidak diketahui.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Pengarah akhbar tersebut yang menggunakan nama Charb memberitahu stesen televisyen BFM, banyak kerosakan yang berlaku termasuk maklumat di dalam komputer musnah.
Kakitangan akhbar tersebut berkata, mereka menerima banyak ancaman akibat ceritaSharia Hebdo di akhbar tersebut yang merujuk kepada undang-undang Islam. - AP
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa
nasib kau ler labu.. lain kali buat jgn ikut suka hati..