Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, pihaknya mendapati nama ‘Abuya’ perlu terus dibawa oleh balunya, Hatijah Aam yang turut dikenali sebagai Ummu Jah sebagai sandaran untuk membolehkan kumpulan itu terus hidup.
“Kita juga mendapati pihak berkenaan menyediakan pendidikan tertentu kepada anak-anak yatim tersebut iaitu berzikir dengan menyebut nama Abuya, mendengar sejarah tentangnya, dan melihat gambarnya sebelum memulakan sesi pembelajaran,” katanya.Menurutnya, Jais dimaklumkan sehingga kini terdapat lebih 5,000 anak-anak kumpulan ini yang dididik tanpa mengikut sistem pendidikan arus perdana yang sedia ada.
Katanya, pada masa yang sama, mereka digunakan untuk mengutip derma untuk disumbangkan kepada Hatijah dan kumpulannya yang berada di luar negara.
“Daripada sumber yang boleh dipercayai, Hatijah memperolehi lebih RM800,000 sebulan dengan sebahagian daripadanya melalui aktiviti rumah kebajikan tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, kata Marzuki, Jais telah menubuhkan satu jawatankuasa khas melibatkan pelbagai agensi sejak tahun lalu bagi mengenal pasti rumah-rumah kebajikan yang terlibat memaksa anak-anak yatim berzikir memuja Abuya.
Menurutnya, langkah itu dilaksanakan bagi mengenal pasti halangan serta tindakan yang boleh dilakukan bagi membolehkan pihaknya bertindak membanteras kegiatan kumpulan itu.
Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan perihal sebuah asrama kebajikan bagi anak yatim, ibu tunggal dan mualaf yang didakwa telah dieksploitasi untuk kepentingan satu kumpulan daripada kalangan bekas pemimpin dan pengikut Al-Arqam yang diharamkan.
yang ni la baru kerja yang mendatangkan hasil daripada sibuk cari Bob Lokman, orang nak bagi ceramah pun kene tangkap.. huhhh
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa