13

Remaja ditemui mati tanpa kepala.

Filled under : Berita Semasa


JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki ditemui mati dengan kepala terputus di sebuah apartment di Masai,  dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan  Zainuddin berkata, mangsa yang hanya dikenali sebagai Surendra, 19, ditemui mati kira-kira pukul  4 petang di apartmen Vista sini.
Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan seorang penganggur dipercayai ditetak beberapa kali di bahagian badan  dan sekitar leher sehingga putus.
Beliau memberitahu, mangsa dikatakan tinggal bersendirian di rumah  berkenaan.
“Mayat mangsa ditemui di ruang tamu  rumah tersebut dan kami percaya suspek  menggunakan senjata tajam untuk mencederakan dan membunuh mangsa.
“Polis juga tidak menjumpai senjata yang  digunakan bagi kes berkenaan dan kami akan  menjalankan siasatan terperinci berhubung motif  utama kejadian tersebut,” katanya kepada  pemberita di sini.
Roslan berkata, mayat mangsa dihantar ke  Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen  302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan  boleh dijatuhi hukuman mati mandatori,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai  sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkan maklumat di talian hotline  polis 07-2212999 atau mana-mana balai polis  berhampiran.[SUMBER] 





ibnushukran: makin hari makin takut plak.. dengan kes yang pelik2, simbah acid la, bunuh la..  sama2 la kita berdoa agar dilindungi.. disamping tu, kita harus jgk mngambil langlah yang sewajrnya agar bencana dan jenayah seperti ni tidak terjadi kpa kita dan keluarga. Ambil langkah pencegahan yang sepatutnya!!!










Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

13 comments

  1. CikTeddyCorner June 11, 2011 at 7:54 PM

    isk..seramnya!moga Allah jauhi kita semua drpd bahaya mcm ni.

    Best Blogger Tips
  2. Ibnushukran June 11, 2011 at 8:18 PM

    @Cik Teddy

    insyaAllah.. harap Allah swt lindungi kita dari prkara sbgini..

    Best Blogger Tips
  3. Nadia Mashuri June 11, 2011 at 9:01 PM

    ni yang takut nak duduk rumah sorang2 sekarang..

    Best Blogger Tips
  4. NuRuLiZzATi kHaLiD June 11, 2011 at 9:05 PM

    takot!!! Dalam n luar rumah semua tak selamat. moga dilindungi Allah selalu ;)

    Best Blogger Tips
  5. Unknown June 11, 2011 at 9:30 PM

    ya allah..ngeri betul dgr berita ni..tiba2 teringat dekat adik2 yg kerja kat johor..nauzubillah..

    Best Blogger Tips
  6. Ibnushukran June 11, 2011 at 10:13 PM

    @Nadia Mashuri

    klu boleh nk kemana2 pun biar bertiga.. insyaAllah selamat..

    Best Blogger Tips
  7. Ibnushukran June 11, 2011 at 10:15 PM

    @NuRuLiZzATi kHaLiD

    aah.. kt luar ngan dalam pun sama je,ttp ada bahya.. klu boleh jgan berseorangan, risiko bhya tnggi sngat..
    n klu boleh kita bawk la spray pemedih mata, boleh guna time bahaya..

    Best Blogger Tips
  8. Ibnushukran June 11, 2011 at 10:16 PM

    @Bui Idzra Ryn

    semoga adik2 akk selmat kt sana.. suruh mereka berhati2 ye..

    Best Blogger Tips
  9. Unknown June 12, 2011 at 12:04 AM

    ermmm..gile ngeri..

    Best Blogger Tips
  10. Ibnushukran June 12, 2011 at 8:58 AM

    @syrupmasin

    manusia mana la y kejam sangat mcam ni kan.. takut plak kita dibuatnya..

    Best Blogger Tips
  11. Fifieyqa June 12, 2011 at 9:05 AM

    Eee ngeri2..kat mana2 pun da x selamat skarag ni..

    Best Blogger Tips
  12. Ibnushukran June 12, 2011 at 2:54 PM

    @MiSz fiFiEyQa

    aah.. harap kita jgn mncari musuh kt mana2.. dunia skrang kadang2 mengerikan.. bnyakkan berdoa agr dilindungi Allah swt dari bncana sbgini..

    Best Blogger Tips
  13. Anonymous April 6, 2012 at 4:17 PM

    ni lah dunia akhir zaman...semakin banyak pembunuhan...semga Allah lindungi kite...aamiiiin..

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat