Dua sahabat maut dirempuh lori.
Filled under :
Berita Semasa
KUANTAN 18 Jun - Dua sahabat terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori tanpa muatan di Jalan Semambu di sini, awal pagi kelmarin. Pemandu kereta terlibat,Muhammad Fuad Mansur, 26, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) manakala rakannya,Mohd. Redzuan Ghazali, 23, maut di tempat kejadian. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri,Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku pukul 2 pagi ketika lori itu dipandu seorang lelaki dan kelindan berusia lingkungan 30-an dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Semambu. "Sampai di tempat kejadian, pemandu lori itu dikatakan cuba memotong dua kenderaan di hadapan, namun gagal menyebabkan ia bertembung dengan kereta yang dinaiki oleh mangsa dari arah bertentangan. "Pemandu dan kelindan lori itu bagaimanapun tidak cedera," katanya. Menurut Mohamed Fauzi, kedua-dua mangsa yang berasal dari Pekan dibawa ke HTAA untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
ibnushukran: risau la duduk satu jalan dgn lori ni.. dorang bukan takut, klu langgar pun dorang still lgk elok, kita yang kecik ni la jadi mangsa.. harap ada satu inisiatif baru la, bagi mngelakkan kenderaan kecik ni menjadi mangsa hentaman lori.. kesedaran pemandu lori pun satu, utamakan keselamatan orang lain juga..
Related Posts by categories
Story by Ibnushukran
Tags:
Berita Semasa
hati2 semasa memandu .. kalo sy nmpak lori sy akan terus potong diorang
Al Fatihah untuk kedua2 mangsa
memang musibat itu lori
kalau dah rasa tak boleh
tak payah ler nak potong...
pemandu lori seperti ini patut
digantung lesenya
@niena shopping2u
berdoa smsa mulakan perjalanan, kdng2 bukan salah kita pun, kita y jadi mngsa..
@Nur Misnan
salah lori ni,da tahu kete bnyak bawak la perlahan, da la besar,kete lain kecik je.. doeng mmng fikir selamat sbb dorang msti xde apa klu kene lnggar.. apa2 pun x semua pmndu macam ni, kdng mungkin ada sdkit kesilapn kecil dr mereka.. ni semua ketentuan Allah swt..
lori!!! knapa lori2 nie xserik2 erk..bkn setakat lori jer bas pun sama jugakk!! kadang2 kat highway takut sgt kalo ada lori kat sebelah..deela ari2 g keje lalu highway tgk bus ngan lori mcm berlumba atas jalan raya..org yg xbsalahh selalu jadi mangsa!! huh!!
meh sini: Gigi Siapa yang Paling Cantikk!!
Sini jugak: Askar Paling Comey kat Malaysia!!
al fatihah...
@fadhdeela
tu la.. kadang2 kita tngok bas pun nk lumba ngan mmber sebelah.. tak tahu langsung keadaan bahaya tu.. bnde ni kena ada pemantauan dari pihak berkuasa, xnak la perkara macam ni terjadi lagi..
@princess taiping
semoga roh mereka ditmpatkan dikalangan orang2 beriman insyaAllah..