Kemalangan ini merupakan kemalangan kereta yang paling mahal yang pernah terjadi.
Kemalangan yang mengejutkan berlaku pada ahad lepas ini melibatkan lapan buah kereta Ferrari, tiga Mercedes, dan sebuah Lamborghini.
Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu.
Sepuluh orang telah dikejarkan ke hospital selepas kejadian rempuhan yang berlaku di barat Jepun, dan kos dianggarkan melibatkan sejumlah hampir £2.5million iaitu sebanyak RM12.07 juta.
Polis menyatakan mereka sejumlah 20 buah kereta sedang berkonvoi, memandu di jalan yang basah dan mengakibatkan kereta Ferrari yang dihadapan melanggar penghadang jalan.
Pemandu di belakang sempat memijak pedal brake, namun ramai yang agak terlambat.
Antara yang terlibat ialah dua Ferrari F430s, dua Ferrari F355s, dua Ferrrari 360 Modenas, Lamborghini Diablo dan Toyota Prius hybrid.-thesun
hohhh.. first time ever..
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa