Parlimen Switzerland semalam meluluskan usul kumpulan pelampau berhaluan kanan untuk mengharamkan pemakaian purdah atau apa saja yang menutup muka di tempat awam. Seramai 101 anggota Parlimen menyokong usul itu dan 77 menolak.
Bagaimanapun, Dewan Negara perlu meluluskan usul terbabit sebelum ia dapat disahkan untuk dijadikan undang-undang. Setakat ini empat negara sudahpun mengharamkan pemakaian purdah dengan yang pertama berbuat demikian ialah Itali, diikuti oleh Belgium dan kemudian Belanda. – AFP
Dah empat negara termasuk Switzerland yang terkini menyatakan pengharaman pemakaian purdah atau apa sahaja yang menutup muka di tempat awam. Pengharaman ini seperti menggambarkan Islam ini pengganas kerana mereka mengganggap ramai penjenayah yang melakukan aktiviti haram memakai purdah untuk sembunyikan identiti. Sedangkan dalam Islam tidak ada perkara yang akan memberi kesan negatif kepada umat Islam, namun disebabkan pihak kafir yang tidak bertanggungjawab, purdah ini telah diharamkan. Semoga Allah swt melindungi dan pelihara muslim dan muslimah kita dari menjadi mangsa puak kafir yang sering mencari alasan untuk menjatuhkan Islam.
Story by Ibnushukran
Tags: Berita Semasa , Info Islam