Assalamualaikum
Dalam menjalani kehidupan seharian kita di dunia ni, ada pelbagai perkara yang membuatkan kita terdedah kepada segala jenis penyakit yang mampu memudaratkan kita.
Dalam Al Quran telah di sebut,firman Allah swt:
“Wahai manusia, makanlah apa-apa diatas dunia ini dari makanan yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya dia adalah musuhmu yang nyata.”
Segala hasil yang baik datang dari hati yang baik, hati yang baik berpunca dari pemakanan yang baik. Dalam potongan ayat suci Al Quran di atas di sebutkan bahawa pastikan diri kita memakan segala makanan yang halal dan baik.
Hari ni kecoh mengenai telur yang dikatakan palsu, nak kita makan telur yang dibuat oleh tangan manusia yang terdiri dari natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna. Dalam entri ni sy nak bagi info mengenai telur tiruan ini.
FAKTA TELUR TIRUAN.
Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae – bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.
Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.
Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
CARA MENGENAL TELUR TIRUAN
1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
telur palsu lebih mengembang berbanding telur asli.
perbezaan telur palsu dan asli.
perbezaan kulit telur asli dan tiruan.
TEKNIK PEMBUATAN TELUR TIRUAN.
bahan: natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna
perkakas yang diperlukan..
cecair telur kuning dimasukkan..
lapisan telur kuning terbentuk..
kuning telur tadi dicelup ke dalam larutan lilin dan calcium cabonate sehingga mendapat lapisan yang menebal..
peringkat terakhir, telur dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit lapisan luar..
Siap!!!
p/s: bukan senang jgk nak mengenal pasti telur ini tiruan atau tak kan.. Semoga Allah swt melindungi kita dari membeli telur tiruan ini.
Story by Ibnushukran
Banyak produk tiruan datang dari China....sampaikan telur ayam pun ada tiruan...
@Khairil
2 la psal.. drpad hanpon tiruan g ke telur plak.. macam2.. lpas ni apa lah plak diciplakannya.. haha