2

Lukisan Menakjubkan 'Camera vs Pencil'

Filled under : Oh Terbaik



Ben Heine menggabungkan keghairahannya berfantasi dalam lukisan dengan fotografi bagi menghasilkan gambar yang menakjubkan.


Lelaki berumur 28 tahun ini mengambil gambar orang atau landskap yang berwarna warni dan ditutup sebahagiaan daripada gambar itu dengan lukisan pensil.


Satu gambar yang luar biasa menunjukkan seorang lelaki memancing beberapa ekor ikan yang keluar daripada mulut jerung. 




Antara lain seorang perempuan tua yang muram memegang lukisan dirinya dengan simbol tulisan "I miss you".


Dan satu gambar menunjukkan seekor kucing bersandar pada seekor anjing.


Ben menyiapkan lukisan di rumah berjam-jam atau sehari sebelum keluar untuk mengambil gambar.




Dia kemudiannya menghabiskan berminit minit bagi menukar jarak dan sudut bagi mendapatkan pandangan yang betul.


Ben yang menggelarkan hasil kerja sebagai "Camera vs Pencil", berkata " Saya cuba membayangkan konsep yang kreatif yang menggabungkan keduanya iaitu lukisan dan fotografi, realiti dan imaginasi.


"Lukisan selalunya hitam dan putih sementara gambar selalunya berwarna warni. Ini menguatkan perbezaan diantara dua medium ini.




"Sehelai lukisan seperti pintu magik ke fantasi dan surrrealistik dunia yang tidak mempunyai limit tunggal. Segalanya boleh terjadi."


Ben yang berasal dari Brussels, Belgium menjual edisi terhad hasil kerjanya melalui lamannya dan galeri diantara  £460-£3,800.-Thesun













Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Oh Terbaik

2 comments

  1. CikTeddyCorner December 21, 2011 at 8:47 AM

    wah..kreatifnya!

    Best Blogger Tips
  2. nurmisnan December 21, 2011 at 9:58 AM

    beautiful... sungguh creative

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat