1

Lelaki Tua Tawar Pemeriksaan Payu Dara Percuma Ditangkap

Filled under : Berita Semasa


Seorang lelaki berusia 81 tahun yang menyamar sebagai doktor dan menawarkan pemeriksaan payu dara percuma dari rumah ke rumah, semalam dihukum penjara atas kesalahan serangan seksual.

Hakim sebuah mahkamah di Florida menjatuhkan hukuman itu ke atas Phillip Winikoff yang dikatakan mengunjungi apartmen untuk menawarkan khidmat memeriksa payu dara. Dua wanita dilapor terpedaya dengan tawarannya.

Winikoff dipenjara 13 bulan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama 15 tahun. Menurut akhbar South Florida Sun Sentinel, Winikoff ditahan pada 2006 selepas meraba payu dara dua wanita dan serta bahagian lain mangsa.

Kedua-dua wanita itu membuat laporan polis. Selain tuduhan serangan seksual, lelaki tua itu juga didapati bersalah mengamalkan perubatan tanpa lesen.-Mynewshub




ish3.. sympathy with that woman who was entrapped with this ruse, it was a ridiculous incident as how could you encouraged to seek treatment with this man even you haven't recognise him.. huuhu..







Related Posts by categories



Story by Ibnushukran

Tags: Berita Semasa

1 comments

  1. nurmisnan December 5, 2011 at 8:57 PM

    macam2 perangai ada.. bagus ler tuh kena penjara
    dah tua makin menjadi pula pakcik nih... hmmmmm...

    Best Blogger Tips

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Menarik

Waktu Solat