- Monday, March 7, 2011
5 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Oh Terbaik
Assalamualaikum
selamat pagi semua!!!..
dah lalu Jambatan yang terpanjang di Dunia .. belum lgi sila tekan link 2..
pagi ni tertarik dengan isu KHURAFAT yang kian sudah lama pun menjadi amalan penduduk melayu di Malaysia ni. Pelbagai kepercayaan yang timbul di kalangan penduduk melayu contohnya ngangkung, puja kubur, tangkal dan banyak lagi.
Kini yang terbaru ialah isu pemujaan dan minum air dari pokok getah yang dikatakan menangis.
Sedarlah bahawa itu semua adalah kepercayaan karut dan khurafat semata-mata.

| Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها |
| beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: |
| Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak. |
| (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.) "Doa ialah Senjata orang mu'min(orang yang beriman)" Sedarlah bahawa segala yang baik hendaklah diminta kepada Allah swt yakni tiada kuasa yang setanding dengan KekuasaanNya. Allah swt Maha Mendengar , berdoalah kita dengan sebaiknya. InsyaAllah dengan keihklasan kita, moga Allah swt perkenankan doa kita. Nasihat sy pada diri sendiri terutamanya dan rakan sekalian. Berita Penuh : Pegawai Pendidikannya, N. V. Subbarow berkata, sehubungan itu orang ramai perlu berhati-hati kerana banyak punca penyakit berjangkit disebarkan oleh binatang atau serangga termasuklah leptospirosisyang disebarkan melalui air. Beliau berkata, tindakan meminum air berkenaan hanya mendedahkan orang ramai kepada risiko termasuk penyakit kerana tidak mengetahui punca sebenar air tersebut. sumber : Kosmo! |
-
6 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Berita Semasa
nak dijadikan cerita,semalam jalan2 lah kat satu blog otai blogger Ujang..
so, tertarik ngan satu entri dari dia pasal jambatan terpanjang di dunia..
waauuuu... mmng panjang pun..
kalau dari awal jmbatan nak sampai ke hujung tu mmng jauh sesangat,
penat la jawabnya nak jalan ke hujung 2..
apa2 hal jom lah kita tengok gambar yang jambatan ni..
full view
aaarrgggghhhhh!!!!
panjang x..
haha.. sory.. ^_^
credit to : (gambar) Bro Ujang
-
20 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Oh Terbaik
Assalamualaikum
kak Melurjelita telah menganjurkan satu segmen yang bertajuk
MELUR JELITA DATANG.. JENG JENG JENG!
So, dengan rasa senang hatinya aku nak j0in kerana blog Melurjelita diantara blog kegemaran yang aku selalu terjah kerana di dalam blog akak melur banyak menceritakan masalah masyarakat zaman sekarang. Ramai juga yang mengadu kepada blog melurjelita dan pembaca dapat menjadikan tauladan disamping membantu si pengadu terbabit.
Tahniah kak kerana peka dan prihatin dengan masalah masyarakat kita sekarang ni. Moga akak di limpahi rahmat Allah swt.. InsyaAllah..
Sesiapa nak join boleh tekan banner di atas
- Sunday, March 6, 2011
15 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Tag dan Contest
Assalamualaikum
Hari ini sy ingin menyentuh sedikit saol pencarian yang semakin menjadi kebiasaan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu
yang bergama Islam.
Hasil kajian Jakim pada tahun 2009 menunjukakn statistik yang amat memeranjatkan kita semua iaitu ratusan ribu pasangan Islam di negara kita mengalami penceraian.
Statistik yang amat memeranjatkan kita bahawa penceraian berlaku oleh pasangan Islam setiap 15 minit satu pasangan akan bercerai.
Bagi pendapat sy yang belum berkahwin ni.. hehe..
ialah sebelum kita teringin melaksanakan salah satu sunnah Rasulullah saw iaitu berkahwin ini, satu persediaan hati hendaklah begitu kukuh.
Persediaan hati bermaksud segala ilmu Islam hendaklah dimantap terlebih dahulu.
apa peranan suami ??..
apa peranan isteri ??..
janganlah kita berkahwin semata-mata hanya untuk memuaskan nafsu masing2.
S0 kalau dah bosan dengan isteri,mulalah bercerai sini,bercerai sana. mulalah cari perempuan lain,cari lelaki lain.
Cari matlamat berkahwin..
membina satu keluarga Islam yang dapat menyumbang kearah pembinaan Islam yang sebenar.
Melahirkan zuriat yang dapat mengamalkan ajaran Rasulullah saw.
Dalam perkahwinan kita dapat mencari keredhaan Allah swt, besar pahala si suami yang dapat menjaga isteri dan anak2, besar ganjaran si isteri yang dapat menjaga faraj selain untuk suami dan dapat mentaati suaminya.
Dalam hadis Rasulullah saw :
Maka pilihlah mana2 pintu pun yang si isteri suka..
senang tak wahai kaum Hawa..
Berat juga tanggungjawab si suami, sbb 2 mendalami cara Islam yang sebenar dan konsep Islam yang sebenar sebelum kita merampas hak perempuan dari ibubapanya. Setelah berkahwin hak isteri sepenuhnya ditangan suami, bukan lagi dibawah ibubapanya.
sy juga ingin berkahwin suatu hari nanti, doakan semoga sy memperolehi isteri yang dapat menjaga sy dari fitnah dunia dan selamat dunia akhirat.. InsyaAllah.. ^_^
Berita Penuh :
KUALA LUMPUR 4 Mac - Asyik melayan 'teman maya' di laman sosial seperti Facebook sehingga lupa kepada tanggungjawab menjadi antara punca ramai pasangan Islam di negara ini bercerai.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (gambar) berkata, selain itu tidak serasi, poligami dan bermain 'kayu tiga' khususnya dengan orang gaji turut menyumbang kepada berlakunya perceraian.
Menurut beliau, perkara tersebut merupakan masalah-masalah yang sering diajukan oleh pasangan suami isteri ketika memohon untuk bercerai di Mahkamah Syariah.
''Kebanyakan yang bercerai adalah pasangan yang berkahwin selama lima tahun dan ke bawah.
''Antara punca, pasangan yang asyik melayan 'teman maya' di Facebook sehingga ada isteri yang tidak ambil peduli tentang suaminya dan begitu juga suami.
''Berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009, ada ratusan ribu pasangan Islam yang telah bercerai,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, ketika merasmikan seminar sempena sambutan Maulidur Rasul bertajuk Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya beliau menyatakan bahawa purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.
Ujar beliau, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jakim pada 2009 dengan statistik perceraian terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Mengulas lanjut, Mashitah berkata, kursus praperkahwinan selama sehari yang dijalankan kini juga dirasakan tidak mencukupi untuk memberikan maklumat lengkap mengenai alam perkahwinan kepada pasangan yang mahu berkahwin.
''Dahulu kita buat tiga hari, ada yang marah. Sebab itu kita buat satu hari sahaja. Kursus satu hari saya rasakan tidak cukup untuk mendidik pasangan yang mahu berkahwin dengan pelbagai perkara.
''Ada juga kita terima laporan, yang kursus satu hari pun, ada pasangan yang datang lewat. Itu pun ada juga pengendali kursus yang bagi sijil mengikuti kursus kepada pasangan berkenaan.
''Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kita mahu pengendali kursus ada rasa tanggungjawab dan memastikan setiap pasangan benar-benar mengikuti kursus dengan sebaiknya,'' katanya.
Beliau memberitahu, kursus yang dijalankan sehari itu hanya memberikan maklumat-maklumat asas dalam melayari alam perkahwinan.
Justeru, ujarnya, setiap pasangan yang sudah berkahwin perlu berterusan mencari ilmu berkaitan kerukunan berumah tangga.
''Inilah harapan kita kepada mereka selepas berkahwin. Jangan berhenti mencari ilmu tersebut. Luangkanlah masa pergi ke kuliah-kuliah agama.
''Memanglah semua sibuk dengan urusan harian tapi kalau ada peluang, pergilah cari ilmu dan hayati ajaran agama,'' katanya.
Beliau seterusnya menasihatkan pasangan yang sudah berkahwin agar menjaga hubungan sesama mentua dan ahli keluarga masing-masing.
sumber : Utusan Malaysia

| Dari Abdurrahman bin Auf r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : |
| "Jika perempuan mengerjakan solat yang lima , |
| puasa Ramadhannya , memelihara kehormatannya |
| dan taat kepada suaminya maka akan dikatakan kepadanya |
| masuklah ke dalam syurga dari pintu yang mana saja engkau suka Hadis riwayat Ahmad dan Thabarani |

- Saturday, March 5, 2011
11 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Berita Semasa
Assalamualaikum dan selamat pagi semua
kita selalu tengok pak cik2 kita g tangkap ikan.. tp korang nak tau tak haiwan ciptaan Allah swt mempunyai satu kehebatan teknik menangkap mangsa yang manusia tiada. Mereka cukup hebat dalam menangkap mangsa mereka.. hishh.. dasyat2(nazmi rajalawak)..hehe.. apa2 pun korang layan je la gambar di bawah ni.. Oh terbaik.. ^_^
-
2 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Oh Terbaik
jangan pandang camera??.. da 2 nk pandang apa cik Dyanzjha.. camera pandang kita,xkan nk pandang belakang j.. hehehe..gurau j ye cik Dyanzjha ye.. ^_^
s0 dengan rasa tidak bersalah aku nak j0in jgk contest ni..
memandangkan bl0g ni xramai pelawat..huaa.. sedeynya..
s0,smbil j0in dapatlah jgk kita mmpromosikan bl0g y xsberapa ni..
ssiapa nk j0in boleh tekan banner diatas k.. ^_^
syaratnya :
1. Jadi FOLLOWER blog INI.
2. Buat entry dengan tajuk contest----> JANGAN pandang camera!!!
3. Pilih 1 GAMBAR sahaja. tak kisah la gambar sorang2 @ ramai2..gambar candid ke atau gmbr dari tepi@belakang ke...boley jer...yang penting JANGAN pandang camera okeyhhh!!! Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terusss ke entry contest ini.
4.Kalau boleh letak lah banner contest ni kat sidebar sekalii...he3
5. TAG sekurang-kurangnya 3 orang blogger (lebih lagi digalakkan) dan pastikan mereka tahu.
6. Tinggalkan LINK entry penyertaan anda pada bahagian comment entry ini.
aku pertaruhkan gambar ini :
location : Mengkuang Dam (tekan sini)
tarikh tamat : 29/4/2012
2011
mangsa tag : encik kiwi
firdaus
sesiapa sahaja.. hehe
harap2 gambar ini dikira sebagai gambar JANGAN pandang camera!!! ye cik Dyanzjha.. hehe
okay.. Assalamualaikum.. ^_^
-
6 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Tag dan Contest
- Friday, March 4, 2011
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Hadith Rasulullah saw
Assalamualaikum..
Berita baik buat penduduk Mesir dan penunjuk perasaan yang mahukan sisa pemerintahan rejim presiden Hosni Mubarak dibersihkan.
Pengunduran ini pasti memberikan kegembiraan Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh tokoh dan ulama' Islam terkenal, As Syahid Imam Hassan Al Banna pada Mac 1928 yang pada mulanya di anggotakan hanya 7 orang yang bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam.
Hassan Al Banna telah meninggal dunia ketika pimpinan yang sangat kejam dan zalim iaitu Kamal Arthartuk. Bagi aku memang sewajar Islam kini harus bangkit melawan syaitan yang bertopengkan manusia ini,revolusi perubahan pucuk pimpinan kejam harus dijatuhkan.
Jangan kita menggelar tokoh ulama' kita sekarang sebagai pengganas. Belajar dahulu sejarah lama Islam, mungkin kita akan sedar siapa salah dan siapa benar.
Islam adalah jalan yang benar, Islam adalah jalan yang lurus. Tiada agama yang benar didunia ini melainkan agama Allah swt yang diwahyukan kepada Rasulullah saw iaitu Islam.
Berita Penuh :
KAHERAH 4 Mac - Perdana Menteri Mesir, Ahmed Syafiq meletakkan jawatannya berkuat kuasa semalam, satu lagi sambutan kegembiraan bagi penunjuk perasaan yang mahukan sisa pemerintahan rejim presiden Hosni Mubarak dibersihkan.
Bekas Menteri Pengangkutan, Essam Sharaf dilantik untuk menggantikan Shafiq dan membentuk kerajaan baru.
Angkatan bersenjata memerintah negara itu sejak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 18 Februari lalu ekoran protes selama 18 hari di
seluruh negara tersebut. - AFP
sumber : Utusan Malaysia dan Google(gambar)

Assalamualaikum semua
selamat pagi .. :)
Semalam pihak berkuasa sekali lagi menyerbu pusat pelacuran. Dengar pihak kerajaan nak membina ataupun mewujudkan hiburan malam atau kelab malam sebagai satu punca kewangan utama negara kita. Perkara inilah sebenarnya menyumbangkan salah laku atau manusia yang kurang agama dan tidak boleh mengenal haram dan halal. Pelacuran bukan saje warga asing, rakyat kita sendiri juga banyak yang terjebak dengan pekerjaan kotor ini. Islam tidak pernah menganjurkan pekerjaan seperti ini, jika teringin sangat nak bersetubuh atau sebagainya, terdapat cara yang halal iaitu berkahwin. Dalam Islam dah ditunjuk bagi orang yang sunat,halal,haram,makruh dan harus untk berkahwin. Jika rasa diri kita di tahap yang wajib berkahwin iaitu orang yang dikhuatiri melakukan zina, mampu dari segi kewangan ,mahar, nfkah dan tidak berniat menganiayai isteri maka berkahwinlah segera.. InsyaAllah kita akan berjaya dunia akhirat.. :)
Berita Penuh :
Ini dikesan apabila terdapat segelintir pelacur yang menggunakan papan bekas runtuhan di dalam premis terbiar itu sebagai alas untuk aktiviti seksual setelah memperoleh pelanggan di tepi-tepi jalan.
Modus operandi terbaru itu dikesan dalam operasi bersepadu antara penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama lima agensi kerajaan lain.
Agensi lain yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Ketua Operasi DBKL, Minhad Ahmad berkata, operasi bermula pukul 12 tengah hari di beberapa premis bangunan di Jalan Thambipillay dan Jalan Petaling.
Menurutnya, dalam operasi yang melibatkan 120 anggota dan pegawai di Jalan Thambipillay, lapan premis yang masih aktif daripada 15 premis yang dikesan pada tahun lalu telah diperiksa.
"Kami mendapati terdapat sejumlah 185 bilik yang telah dibina semula selepas kami pernah merobohkan 539 bilik pada tahun lalu.
"Berikutan itu, DBKL terpaksa merobohkan semula semua bilik yang dibina secara ala kadar ini," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini hari ini.
Tambahnya, pada operasi yang sama, TNB dan Syabas turut memotong bekalan elektrik dan air ke premis tersebut.
Minhad memberitahu, usaha pihak berkuasa untuk menghapuskan kegiatan pelacuran di situ dihalang oleh beberapa faktor seperti pemilik premis yang dikesan tinggal di luar negara.
"Kegiatan pelacuran didapati kembali aktif selepas serbuan kerana terdapat permintaan pelanggan. Pelacur akan kembali menjalankan kegiatan seksual walaupun hanya beralaskan papan," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, DBKL akan mengadakan operasi seumpama itu setiap dua minggu selain meletakkan beberapa anggota penguat kuasanya untuk berkawal.
Jelasnya, anggota DBKL yang ditempatkan di Jalan Thambipillay akan menghantar laporan setiap hari dan operasi selanjutnya akan dibuat berdasarkan laporan tersebut.
Dalam operasi di Jalan Petaling, Minhad berkata, seramai enam wanita dipercayai pelacur ditahan bersama dua lelaki yang disyaki penjaga premis.
Katanya, bilik-bilik di dalam tiga premis yang dikesan di situ akan diruntuhkan selepas ini.

kesian pak cik kita ni kene pecahkan sarang pelacuran ni.. ish2.. syabas pihak berkuasa, teruskan usaha anda..
KUALA LUMPUR 2 Mac - Meskipun bilik-bilik yang dibina untuk kegiatan pelacuran di Jalan Thambipillay, Brickfields di sini pernah dirobohkan pihak berkuasa, namun kegiatan haram itu masih berlaku.
Ini dikesan apabila terdapat segelintir pelacur yang menggunakan papan bekas runtuhan di dalam premis terbiar itu sebagai alas untuk aktiviti seksual setelah memperoleh pelanggan di tepi-tepi jalan.
Modus operandi terbaru itu dikesan dalam operasi bersepadu antara penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama lima agensi kerajaan lain.
Agensi lain yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Ketua Operasi DBKL, Minhad Ahmad berkata, operasi bermula pukul 12 tengah hari di beberapa premis bangunan di Jalan Thambipillay dan Jalan Petaling.
Menurutnya, dalam operasi yang melibatkan 120 anggota dan pegawai di Jalan Thambipillay, lapan premis yang masih aktif daripada 15 premis yang dikesan pada tahun lalu telah diperiksa.
"Kami mendapati terdapat sejumlah 185 bilik yang telah dibina semula selepas kami pernah merobohkan 539 bilik pada tahun lalu.
"Berikutan itu, DBKL terpaksa merobohkan semula semua bilik yang dibina secara ala kadar ini," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini hari ini.
Tambahnya, pada operasi yang sama, TNB dan Syabas turut memotong bekalan elektrik dan air ke premis tersebut.
Minhad memberitahu, usaha pihak berkuasa untuk menghapuskan kegiatan pelacuran di situ dihalang oleh beberapa faktor seperti pemilik premis yang dikesan tinggal di luar negara.
"Kegiatan pelacuran didapati kembali aktif selepas serbuan kerana terdapat permintaan pelanggan. Pelacur akan kembali menjalankan kegiatan seksual walaupun hanya beralaskan papan," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, DBKL akan mengadakan operasi seumpama itu setiap dua minggu selain meletakkan beberapa anggota penguat kuasanya untuk berkawal.
Jelasnya, anggota DBKL yang ditempatkan di Jalan Thambipillay akan menghantar laporan setiap hari dan operasi selanjutnya akan dibuat berdasarkan laporan tersebut.
Dalam operasi di Jalan Petaling, Minhad berkata, seramai enam wanita dipercayai pelacur ditahan bersama dua lelaki yang disyaki penjaga premis.
Katanya, bilik-bilik di dalam tiga premis yang dikesan di situ akan diruntuhkan selepas ini.
sumber : Utusan Malaysia
- Thursday, March 3, 2011
4 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Berita Semasa
Assalamualaikum semua
petang tadi godek2 f0lder,rupanya ada lagi gambar yang belum dikongsikan dalam bl0g aku.. s0 petang tadi usik skit2 ngan photoshop ligthroom, bgi t0ne urrrmm skit.. s0 ini lah hsilnya,wlupun xscntik photographer pr0fesional, lagipun gambar ni semua aku ambk pkai hp sony vivaz,kualiti tidaklah stnding DSLR p sje h0bi n minat ngan seni photography.. bagi sesiapa yang bel0m tng0k Mengkuang Dam Part 1 boleh klick kt sini.. [click]
- Wednesday, March 2, 2011
8 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Photography Gallery
-
1 Comment
- Ibnushukran
- Posted in Oh Lawak
Nenas merupakan salah satu daripada buahan kita sejak turun temurun. Pelbagai khasiat yang terdapat di dalam sebiji nenas yang mungkin kita semua tidak mengetahui dengan lebih jelas. Menurut kajian , nenas mengandungi meneral dan vitamin yang cukup tinggi.
Kita juga sering mengalami luka atau pedih di tekak atau lidah ketika menjamah buah nenas ini, ini kerana nenas mempunyai kompenan bahan kimia yang dinamakan enzim bromelain yang akan menyebabkan luka di tisu mulut. Tetapi enzim inilah yang membantu nenas untuk mempertahankan dirinya dari diserang musuh seperti serangga dan ulat. Hebatnya kekuasaan Allah swt, secara tidak langsung, di dalam kepahitan terdapat juga kemanisan.. :)
NANAS sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.
Antara manfaat nanas adalah:
1. Membantu menurunkan berat badan.
Memakan nanas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nanas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nanas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.
2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nanas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.
3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. Nanas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nanas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.
4. Nanas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.
5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nanas. Enzim di dalam nanas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.
-
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Info Kesihatan dan Pemakanan
Assalamualaikum
Pemimpin nombor dua al-Qaeda,Ayman al-Zawahiri menuntut umat islam bangkit untuk menentang 'penindas' dan 'penceroboh'.
Ayman al-Zawahiri sambil memegang senapang menyampaikan mesej
al-Qaedah menerusi laman web SITE,kelmarin.
Berita penuh :
NICOSIA 28 Feb. - Pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri mendakwa Amerika Syarikat (AS) mendirikan rejim baru pro-AS di Tunisia dan Mesir, dan beliau menuntut umat Islam bangkit untuk menentang 'penindas' dan 'penceroboh'.
Menurut perkhidmatan pemantauan SITE hari ini, Zawahiri yang berasal dari Mesir menyiarkan mesej audio ketiga mengenai pemberontakan rakyat di dunia Arab, dirakamkan dalam tempoh antara kejatuhan rejim Tunisia dan penyingkiran kerajaan Hosni Mubarak di Mesir.
Sambil membidas Washington, Zawahiri juga menyeru rakyat Tunisia supaya menolak 'penjajah Perancis' dan menegakkan 'pemerintahan yang menjadi contoh muafakat dan keadilan bagi saudara-saudara kamu'.
AS membelakangkan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali pada pertengahan Januari lalu apabila beliau ternyata sudah menjadi liabiliti, kata orang kanan Osama bin Laden itu.
"Namun urusan negara masih terletak di tangan orang Amerika, ejen-ejen dan askarnya," dakwa Zawahiri.
Perkara yang sama berlaku di Mesir, katanya dalam mesej yang dirakamkan sebelum Mubarak disingkirkan oleh tentera pada 11 Februari berikutan protes besar-besaran selama lebih dua minggu.
Zawahiri berkata, satu 'alternatif sekular' kini muncul di Mesir dalam bentuk bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Mohamed ElBaradei yang beribu pejabat di Vienna, Austria. - AFP
sumber:Utusan Malaysia
- Tuesday, March 1, 2011
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Berita Semasa
Assalamualaikum
Semalam kerajaan negeri Perak telah melancarkan sistem Dinar Emas dan Dirham Perak khusus untuk simpanan dan pelaburan. Majlis yang telah diadakan di sebuah majlis yang turut dimeriahkan oleh persembahan nasyid Rabbani dan penyanyi antarabangsa,Maher Zain.
Ia membabitkan dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1380 manakala set dirham perak di jual pada harga RM260.
Mahal 2... hehe
Berita penuh :
IPOH 28 Feb. - Kerajaan negeri Perak hari ini melancarkan dinar emas dan dirham perak, khusus untuk simpanan dan pelaburan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, dinar dan dirham itu mempunyai kandungan 99.9 peratus emas dan perak iaitu bersamaan emas 24 karat.
Beliau berkata, dinar dan dirham berkenaan lebih berkualiti berbanding produk pertama yang dihasilkan tokoh ilmuwan Islam, Abdul Malik ibn Marwan pada tahun 75 Hijrah iaitu 1,357 tahun lalu yang mengandungi 97 peratus kandungan bahan.
"Tetapi ini (dinar dan dirham) bukanlah berbentuk mata wang tetapi sebagai instrumen baru sebagai simpanan dan pelaburan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dinar emas dan dirham perak di sini hari ini.
Zambry berkata, pengeluaran dinar dan dirham berkenaan yang telah dibincangkan sejak tahun 2005, dikeluarkan Goldnet International Sdn. Bhd. (Goldnet), sebuah syarikat usaha sama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).
Katanya, sebagai permulaan sebanyak 1,000 keping dinar emas dan dirham perak telah dicetak dan akan dipasarkan melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) dan Nusantara Bullion Exchange (Nubex Sdn. Bhd.).
Ia membabitkan empat jenis instrumen iaitu setengah dinar emas seberat 2.125 gram dengan harga RM345, satu dinar emas seberat 4.25 gram pada harga RM690 dan dua dinar emas seberat 8.5 gram pada harga RM1,380 manakala set dirham perak dijual pada harga RM260.
Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan nasyid kumpulan Rabbani dan penyanyi antarabangsa, Maher Zain. - BERNAMA
-
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Berita Semasa