~ASSALAMUALAIKUM~
Gempar bukan sahaja di bandar London tetapi di seluruh dunia. Peristiwa yang menggamit mata masyarakat dunia dengan kewujudan rusuhan yang begitu hebat di London. Rusuhan yang merebak sedikit demi sedikit oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan pihak polis.
Di sini merupakan fakta rusuhan di London 2011:
- Ia berlaku selepas satu perarakan secara aman diadakan ke balai polis di Tottenham bagi membantah kematian seorang penumpang teksi yang ditembak mati polis dalam satu kejadian berbalas tembakan Khamis lalu.
- Kekacauan yang berlaku di Tottenham, utara London tercetus selepas seorang lelaki terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis.
- Beberapa buah kereta peronda polis dan sebuah bas dua tingkat dibakar ketika beratus-ratus perusuh mengamuk di pekarangan balai polis di Tottenham High Road.
- Perusuh memecah masuk kedai-kedai di High Road melalui tingkap sebelum dilihat menolak troli yang penuh dengan muatan barangan curi.
- Kawasan London Tengah sering menyaksikan demonstrasi oleh golongan pelajar dan kesatuan pekerja dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, tetapi kekacauan terbaru ini merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam masa bertahun-tahun di kawasan pinggir bandar.
Gambar Rusuhan di London 2011:
"Ya Allah selamatkan hamba-hamba Mu yang beriman di sana daripada segala jenis bahaya dan lindungi mereka pada bulan Ramadhan bulan yang barakah ini.. amin.."
- Friday, August 12, 2011
9 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Berita Semasa , Oh Seram














































