- Friday, March 11, 2011
2 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Oh Terbaik
Assalamualaikum
majalah forbes telah menyenaraikan muka-muka bilionair di dunia.
Taikun telekomunikasi Mexico, Carlos Lim kekal menjadi manusia paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaannya mencecah RM 224.7 bilion.
Di tempat kedua ialah pengasas bersama Microsoft, Bill Gates. Di tempat ketiga pula pelabur AS, Warrent Buffet dan seterusnya ialah taikun barangan mewah darri Perancis Bernard Arnault.
Tidak ketinggalan 9 bilionair Malaysia juga turut disenaraikan :
1) Raja gula,Robert Kuok (61)
2) Taikun telekomunikasi tempatan Ananda Krishnan (93)
3) Bilionair sektor perladangan Lee Shin Chen (208)
4) Tan Sri Quek Leng Chen (219)
5) Tan Sri Teh Hong Piow (229)
6) Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga (420)
7) Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (459)
8) Tan Sri Tiong Hiew King (993)
9) Tan Sri Vincent Tan (993)
Aku cukup bangga dengan bilionair yang ke 7, harap ramai lagi orang Islam yang mampu membina nama seperti beliau. Bukan mencipta nama untuk mngejar glamour, tetapi mahu buktikan yang Islam bukan agama yang kolot dan ketinggalan. Orang Islam juga mampu mencapai kejayaan seperti orang-orang bilionair beragama lain di dunia ini. Kita buktikan Islam bukan sahaja memberi kita kemenangan di akhirat tetapi juga di dunia yang sementara ini.
Belajar rajin2 lah lepas ni, baru dapat masuk ranking dunia.. haha
Jangan belajar hanya sekadar untuk kaya yep, semuanya kerana Allah swt.. :)
Berita Penuh :
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Taikun telekomunikasi Mexico, Carlos Slim kekal menjadi manusia paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaannya mencecah AS$74 bilion (RM224.7 bilion), lapor majalah Forbes kelmarin.
Bilionair berusia 71 tahun itu mengetepikan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates yang menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$56 bilion (RM170 bilion).
Pelabur AS, Warren Buffet menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion).
Tempat keempat menjadi milik taikun barangan mewah dari Perancis, Bernard Arnault dengan anggaran kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion).
Senarai Forbes kali ini menyaksikan 332 bilionair adalah dari Asia berbanding 79 bilionair Eropah.
Perkembangan itu menyaksikan Asia memiliki lebih ramai bilionair berbanding Eropah untuk kali pertama.
Menurut Forbes, 115 bilionair Asia dalam senarai tahunannya kali ini berasal dari China
Senarai bilionair dari China itu diungguli Robin Li, usahawan di sebalik kejayaan enjin carian tempatan, Baidu, dengan nilai kekayaan AS$9.4 bilion (RM28.5 bilion).
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berada di tempat ke-52 dengan kekayaan dianggarkan berjumlah AS$13.5 bilion (RM40.9 bilion).
Sementara itu, seramai sembilan bilionair dari Malaysia turut berada dalam senarai Forbes kali ini diketuai oleh raja gula, Robert Kuok, 87, dengan kekayaan AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion).
Jumlah itu menyaksikan beliau berada pada kedudukan ke-61 sekali gus mengatasi pengasas Apple, Steve Jobs yang memiliki aset AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion) untuk menduduki tempat ke-110 senarai yang sama.
Taikun telekomunikasi tempatan, Ananda Krishnan, menduduki tempat ke-93 senarai Forbes dengan kekayaan AS$9.5 bilion (RM28.8 bilion) manakala bilionair sektor perladangan, Lee Shin Cheng yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM15.1 bilion) berada di tempat ke-208.
Lain-lain bilionair Malaysia yang menduduki senarai Forbes ialah Tan Sri Quek Leng Chen menduduki senarai ke-219 dengan kekayaan AS$4.8 (RM14.5 bilion).
Bilionair Malaysia, Tan Sri Teh Hong Piow menduduki tempat ke- 229 dengan kekayaan AS$4.7 bilion (RM14.2 bilion).
Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga berada di tempat ke-420 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM8.1 bilion) manakala Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tempat ke-459 dengan kekayaan AS$2.5 bilion (RM7.5 bilion).
Bilionair Tan Sri Tiong Hiew King dan Tan Sri Vincent Tan menduduki tempat ke-993 dengan kekayaan AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion). - Agensi
sumber: Kosmo! Online
-
4 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Berita Semasa
-
2 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Hadith Rasulullah saw , Islamic Photo
Header lama
Assalamualaikum
Dengan ini. pada 11 march 2011 Ibnushukran telah melancarkan
satu header baru..
Dengan jumlah tenaga pakar seramai seorang
dan mengambil masa selama satu jam untuk memikirkan idea dan membina satu header baru yang agak sempoi.. haha
Dengan bertukarnya header lama kepada header baru, semoga bl0g ini akan dikunjungi dan dikenali oleh semua rakyat jelata terutamanya para blogger Malaysia.. hehe
Sekian Terima Kasih
Assalamualaikum
-
3 Comments
- Ibnushukran
- Posted in
Assalamualaikum
korang rasa bagus k klu Malaysia penuh dgn tempat perjudian??
nak ke tengok keluarga porak peranda.. ketua keluarga kita pergi berjudi..
main nombor ekor sini sana..
Apa masalahnya jika pihak negeri Kelantan mengharamkan premis perjudian di negeri Kelantan.
serius aku respect cara pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mentadbir negeri beliau.
Sepatutnya satu Malaysia mengharamkan tempat-tempat perjudian. Itulah yang sepatutnya kan. Carilah duit dengan cara dan sumber yang halal, InsyaAllah selamat hati kita dari perkara yang haram.

Berita Penuh :
korang rasa bagus k klu Malaysia penuh dgn tempat perjudian??
nak ke tengok keluarga porak peranda.. ketua keluarga kita pergi berjudi..
main nombor ekor sini sana..
Apa masalahnya jika pihak negeri Kelantan mengharamkan premis perjudian di negeri Kelantan.
serius aku respect cara pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mentadbir negeri beliau.
Sepatutnya satu Malaysia mengharamkan tempat-tempat perjudian. Itulah yang sepatutnya kan. Carilah duit dengan cara dan sumber yang halal, InsyaAllah selamat hati kita dari perkara yang haram.
seronok pakcik ni beratur beli tiket bas yep.. huhu
Berita Penuh :
KOTA BHARU, 9 Mac: Sejak 20 tahun lalu rakyat negeri ini tanpa mengira kaum dan agama faham, Kelantan berbeza dengan negeri lain kerana tiada premis perjudian dan pusat-pusat hiburan.
Malah kelebihan itu menjadi instrumen utama bagi menarik kehadiran pelancong ke negeri ini, sehingga Kota Bharu dan Rantau Panjang sesak setiap kali musim cuti persekolahan.
Masyarakat bukan Islam juga faham keharmonian hidup mulai dirasai kerana perbuatan yang menyalahi moral dikawal kerajaan negeri.
Bukan setakat itu sahaja, ada isteri penduduk bukan Islam datang menemui Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakam ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana bertindak mengharamkan premis perjudian.
Kata nyonya terbabit sebelum ini keluarganya porak peranda kerana suami suka berjudi.
Anehnya selepas 20 tahun keharmonian dalam kehidupan masyarakat berlangsung, tiba-tiba ada pihak yang mempertikaikan langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menyerbu tempat menjual loteri secara gelap.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan MPKB BRI menyerbu premis yang disyaki menjual loteri sepatutnya disokong semua pihak.
“Rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan kaum sudah faham, perbuatan judi mendatangkan banyak kesan negatif. Rumah tangga porak peranda, anak-anak terbiar.
“Jadi langkah pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan kerana ada pihak yang melanggar peraturan sesuatu yang perlu dipuji.
“Tidak berbangkit PBT tidak berbincang dengan premis berkenaan kerana tuan punya kedai tahu mereka melanggar peraturan,” katanya di sini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan kerajaan negeri mengharamkan penjualan tiket loteri memperlihatkan wajah sebenar PAS melayan masyarakat bukan Islam.
Malah ada pemimpin masyarakat bukan Islam di sini berhujah tindakan membanteras premis perjudian boleh mengurangkan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS.
Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, setiap premis peniagaan menjalankan urusniaga berdasar kepada permohonan lesen yang dibuat.
“Tak kan pula kedai menjual buku mengambil kesempatan menjual benda lain yang tidak terkandung dalam syarat lesen premis seperti yang dimohon kepada MPKB BRI.
“Lebih-lebih lagi kalau mereka menjual tiket loteri lagilah salah kerana ia bertentangan peraturan PBT di negeri ini,” katanya.
Oleh itu beliau menyifatkan kenyataan Muhyiddin Yassin mempertikaikan langkah Kelantan mengharamkan judi sebagai mempersendakan agama sendiri.
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Abdullah Ya’kob berkata, tindakan tegas PBT membanteras pihak yang melanggar peraturan dapat menyelamatkan gejala sosial daripada terus menular.
- Thursday, March 10, 2011
0 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Berita Semasa
Assalamualaikum
selamat petang semua
kali ini aku nak tunjukkan antara alat-alat yang menjadi senjata dan penyeksaan pada zaman dahulu. Dulu mana lah ada kerusi elektrik, xpakai sngat tali gantung.. hukuman diorang memang sangat2 teruk dan kejam..
jom kita tengok antara gambar barang penyeksaan zaman dulu... Oh terbaik!!
Confession Chair
Hand Saw
Iron Maiden
The Head Crusher
The Wheel
Cukup kejam tak?? .. tak cukup kejam , layan gambar bawah ni plak...
Kejam tak hukuman ni semua??...
Apa2 pun.. Hebat mana pun senjata di dunia ni.. kuat mana pun kita.. jahat mana pun kita..
Ingat tiada kuasa yang setanding dengan Kekuasaan Allah swt.. kt neraka kelak mana lah ada hukuman macam ni.. kan???.. kt neraka kelak lebih DASYAT dari ini.. SubhanAllah..
Diri ni masih berada di takuk lama, j0m kita sama2 muhasabah diri kita, moga dilindungi dari azab yang amat dasyat di akhirat kelak.. nasihat untuk diri sendiri terutamanya, dan rakan-rakan semua.. kita sama2 muhasabah diri, moga sentiasa lebih baik dari hari semalam.. InsyaAllah..
Assalamualaikum.. :)
-
5 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Oh Terbaik
Mintak kerjasama korang sume report page ni....cara-cara kat bawah ni....
Macam-mana nak report:-
bukak link (kat bawah tu)...scroll mouse kebawah, tgk belah kiri, ade tulis report page...selectcontain hate speech or attack an individual, pastu select targets religious group...
Macam-mana nak report:-
bukak link (kat bawah tu)...scroll mouse kebawah, tgk belah kiri, ade tulis report page...selectcontain hate speech or attack an individual, pastu select targets religious group...
Semoga dengan kerjasama korang dapat memadamkan page ni
mintak korang sebarkan ea...biar ramai sikit report..
Subhanallah.. moga Allah swt beri petunjuk kepada mereka semua ini..
- Wednesday, March 9, 2011
4 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Info Islam
selam sejahtera semua..
agak happy aku hari c0z Barcelona telah berjaya menewaskan The Guns pagi tadi.
dengan itu Barcelona layak ke peringkat suku akhir.
fans arsenal minta maaf ye.. hehe..
macam musim lepas dua2 team pernah berjumpa di kelayakan kalah mati. Keputusan di gelanggang, Arsenal 1-1, tetapa Barca menang di Nou Camp dengan keputusan 4-1,s0 agreget 5-2.
kali ni berbeza sedikit kerana Arsenal menang di gelanggang sendiri dengan keputusan 2-1, tetapi sekali lagi tumpas di N0u Camp, 1-3 dengan agreget Barca menang 4-3.
Jaringan dihasilkan melalui jaringan Lionel Messi dengan dua gol dan satu dari Xavi Hernandez. Jaringan pelawat dihadiahkan melalui jaringan sendiri pemain Barca iaitu Sergio Busquets.
Syabas Barcelona!!!
-
1 Comment
- Ibnushukran
- Posted in Info Sukan
Assalamualaikum.
selamat petang semua.
Semalam Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah mengumumkan harga baru Proton R3 Satria Neo di Kuala Lumpur.
Bagi aku, Satria Neo memang kemas dan cantik bagi penggemar kenderaan yang simple dan sporty. Satria neo diciptakan dengan berkonsepkan kereta lumba seperti Peugeot dan pelbagai lagi. Memang sudah banyak kereta proton seperti Satria Neo digunakan dalam pelbagai aktiviti perlumbaan lasak seperti Intercontinental Rally Challenge (IRC) dan banyak lagi.
apa2 pun Jom kita layan gambar Proton R3 Satria Neo..
sumber : Kosmo! Online
selamat petang semua.
Semalam Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir telah mengumumkan harga baru Proton R3 Satria Neo di Kuala Lumpur.
Bagi aku, Satria Neo memang kemas dan cantik bagi penggemar kenderaan yang simple dan sporty. Satria neo diciptakan dengan berkonsepkan kereta lumba seperti Peugeot dan pelbagai lagi. Memang sudah banyak kereta proton seperti Satria Neo digunakan dalam pelbagai aktiviti perlumbaan lasak seperti Intercontinental Rally Challenge (IRC) dan banyak lagi.
apa2 pun Jom kita layan gambar Proton R3 Satria Neo..
Berita Penuh :
KUALA LUMPUR - Sukan permotoran merupakan antara strategi utama yang bakal diberi tumpuan bagi meningkatkan jenama Proton, kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
"Sukan permotoran merupakan platform yang membolehkan pembuat kereta itu mempromosikan jenama dan meningkatkan kesedaran dalam pasaran baru dan berpotensi selain menjadi tempat ujian yang bermakna," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bagi mengumumkan harga baru Proton R3 Satria Neo di sini semalam.
Menurutnya, model Proton R3 Satria Neo itu dibangunkan untuk keseronokan memandu yang dinamik dan ia dijual pada harga RM79,797 atas jalan termasuk, cukai jalan dan insurans.
R3 Satria Neo dibangunkan oleh Bahagian Permotoran Sukan Proton menerusi jenama Race, Rally, Research (R3) dan kereta itu itu mudah dikenali berdasarkan warna merah menyala di bahagian luar dan bumbung hitam.
R3 Satria Neo merupakan lanjutan kepada pembabitan Proton dalam perlumbaan motor dan melaluinya ia dijangka dapat memenuhi permintaan pelanggan dan peminat yang mahukan kenderaan yang dibangunkan khusus untuk prestasi selain kegunaan harian.
sumber : Kosmo! Online
- Tuesday, March 8, 2011
12 Comments
- Ibnushukran
- Posted in Berita Semasa




























