Wednesday, September 21, 2011
Tun Dr Mahathir Desak Kerajaan Kelantan Laksanakan Hudud
Permintaan TG Nik Aziz untuk melaksanakan Hudud pada zaman Tun Dr Mahathir telah dihalang dan dibantah, sekiranya hukum Hudud dijalankan pihak kerajaan akan mengambil tindakan dengan menggantung perlembagaan negeri Kelantan.
Terbaru TG meminta kepada Datuk Sri Najib supaya membenarkan Kelantan melaksanakan humuan tersebut TG Nik Aziz Minta Najib Benar Kelantan Laksanakan Hudud.
Dan kini Tun Mahathir bersuara supaya Hudud dijalankan kerana ia bukan lagi dibawah pentadbiran beliau.
Perkara ini juga telah dibincangkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dengan pendapat bahawa Hudud ini memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat. Dr Asri: Pelaksanaan Hudud Perlu Tafsiran Baru.
Pelbagai aspek perlu diambil kira supaya Hudud ini tidak memberi kesan negatif jika tidak berkesesuaian dengan keadaan masa kini.
Tun Dr Mahathir seperti memperlekehkan Islam kerana dia menyebut ' Negeri lain tidak ada hukum Hudud pun,macam mana kita kawal rakyat '. Saya tidak bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir kerana hudud ini merupakan hukum Allah swt, bukannya hukum TG Nik Aziz, kita tidak laksanakan hudud ini kerana TG. Seperti olahan Ustaz Asri, hudud ini perlukan ijtihad kerana bergantung pada keadaan sekarang, kerana takut akan mencemarkan hukum Allah swt. Harap para ulamak kita yang lagi arif dapat mengkaji dan laksanakan hukum Hudud dengan berkesan.
main-main plak dengan hukum Tuhan ni...
ReplyDelete