Ya Allah..
Jauhkanlah hati ini daripada ada sifat mazmumah (tercela)
Iman Ghazali menggariskan sifat mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian
- Gemar makan dan minum - sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat
- Banyak berlata-kata (yang sia-sia) – bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar
- Marah – berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan
- Hasad, dengki dan iri hati – lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain
- Kasih pada harta – tiada salah memiliki kemewahan, terapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh islam
- Takbur – antara sifat takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan,kekayaan,kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat menunjuk-nunjuk)
- Riyak – sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan
- Ujub – sikat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri sendiri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain
- Kasih akan dunia – hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati
Info dipetik dari blog syahirayusoff. Berdoa agar kita tidak berada dan mempunyai sifat mazmumah diatas. Hati kita mudah dipesong tanpa pertolongan Allah swt. Sama-sama kita mendoakan dijauhkan dari sifat-sifat diatas. Nasihat kepada diri terutamanya.
sama-samalah kita..Amin!
ReplyDelete