Tuesday, September 20, 2011

PAS Jamin Tak Ubah Bendera

PAS membantah cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan yang ingin menukar Jalur Gemilang jika pembangkang menguasai Putrajaya, sebaliknya mahu bendera yang menjadi simbol kekuatan negara itu dipertahankan walau apapun berlaku.


Sambil mempersoalkan hasrat ADUN DAP itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata tiada sebab untuk pembangkang menukar Jalur Gemilang dan meminta pemimpin supaya lebih berhemah mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kontroversi.


Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga turut membidas cadangan M. Manoharan dan menegaskan parti itu tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada mana-mana pemimpin pembangkang.








Memang kenyataan M. Manoharan amat tidak dapat diterima, Jalur Gemilang merupakan simbol kedaulatan negara dan jika mana-mana parti yang memerintah sekalipun, Jalur Gemilang tetap Jalur Gemilang, tidak perlu diubah oleh sesiapa pun. 





No comments:

Post a Comment