Alhamdulillah, setelah segala perubahan pelakon dan model iaitu Diana Amir telah mendapat impak positif dari orang ramai. Penhijrahan Diana yang turut dibantu oleh rakan artis banyak memberi bantuan kepada dia terutamanya Wardina.
“Kak Wardina artis pertama yang ucap tahniah kepada saya. Semasa menerima ucapan itu, saya rasa sangat terharu apabila artis senior sepertinya sudi menjadi penasihat saya.
“Dia juga memperkenalkan saya kepada beberapa rakannya yang aktif dengan aktiviti usrah anjurannya setiap minggu.
“Insya-ALLAH, saya akan sertai usrah yang akan datang. Dengan bimbingan guru agama yang ada, saya dapat mendalami Islam,”
Alhamdulillah, kini Diana Amir menyatakan hasrat untuk ke tanah suci Mekah untuk mendapat ketenangan jiwa di sana.
Saya doakan semoga Diana Amir sentiasa berjaya dan terus dalam bidang ini dan menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada anak-anak muda di Malaysia.
suka tol tengok Diana Amir dah berubah.. :)
alhamdulillah :)
ReplyDeleteAmin! bestnya dpt ziarah kota suci Mekah..
ReplyDelete