Air tebu dan kemanisan Islam ..
Suatu hari, Pak Samad menyediakan 2 gelas air tebu dan sebotol cuka masakan. Lalu Pak Samad memanggil cucunya yang sedang leka bermain di laman rumah.
Pak Samad: Aminnnnn... naik, minum air dulu..
Amin: Baik tok...
Pak Samad menghulurkan gelas yang berisikan air tebu kepada Amin. Amin mencapai air tebu itu lalu diminumnya.
Pak Samad: Apa rasa air tebu tu Amin..?
Amin: Sedap atok... rasa sejuk, manis sangat... atok tak minum sama? ehhh.. cuka tu untuk apa atok?
Pak Samad: Cuka ni untuk dicampurkan bersama segelas lagi air tebu ni...
Amin: Atok memang suka minum air tebu yang campur dengan cuka ke?
Pak Samad menuangkan cuka ke dalam segelas air tebu yang tidak berisi penuh lantas air tebu itu dihulurkan kepada Amin.
Pak Samad: Nah.. cuba Amin rasa air tebu ni..
Amin hanya mengikut sahaja kehendak Pak Samad, raut wajahnya seperti menahan sesuatu apabila air tebu itu diminum namun dia tetap menghabiskan juga air itu sepertimana yang diarahkan datuknya.
Pak Samad: Sekarang cerita pada atuk apa yang Amin rasa apabila minum air tebu yang dicampur cuka..
Amin: Mesti la tak sedap tok.. entah apa rasa, macam nak muntah.. tapi.. kenapa atuk suruh Amin minum ...?
Pak Samad: Apa yang menyebabkan air tebu tadi terganggu? disebabkan cuka bukan? jadi begitulah Islam.. apabila Islam dicampurkan dengan unsur-unsur jahiliah, maka kemanisannya akan terganggu.. bila kita tidak mengambil Islam itu secara keseluruhan maka segalanya serba tidak kena. Apabila kita berjaya merasai kemanisan Islam itu.. InsyaAllah kita akan terasa hingga ke pangkal hati.
Sungguh bermakna dialog diatas, sumber diabil dari Niena Pengembara Ilahi, digambar tentang unsur jahiliah yang ada dalam Islam dengan memberi contoh air tebu yang pada mulanya manis terus menjadi tak sedap dek kerana cuka yang dimasukkan.
Bagitu juga didalam Islam agama yang suci ini jika dicampur dengan unsur kotor serta jahiliah pasti musnah kesucian Islam. Bersama kita memahami maksud dialog diatas dan mengamalkan Islam secara seluruhnya.. insyaAllah~
selama ni kadang2 kita tak sedar kan yg kita selalu lupa utk memelihara kesucian agama kita ni...astaghfirullah...
ReplyDelete:)
ReplyDeletemoga ianya bermanfaat buat kta smua :D