Sunday, August 7, 2011

Terbaik!!! Aktiviti Memancing dan BBQ Ramadhan

~ASSALAMUALAIKUM~


Puas rasa hati bila dapat masak BBQ hasil tangkapan ikan kitorang dekat satu jeti di Penang. Lokasinya terletak di Telok Tempoyak. Ini merupakan kali pertama saya join memancing kt sana, sebelum ni nak ikut tapi sibuk sikit dengan macam2 hal, tapi kali dapat la jgk join. Kali ni memang trip terbaik la sebab kitorang pergi memancing dan disusuli aktiviti BBQ untuk bersahur.

Bergerak lepas terawih dalam kol 10.30 dan sampai kt sana dalam pukul 11 lebih. Bergerak ke hujung jeti(sory gambar tak sempat nk ambik,kawasan gelap) dan kami mulakan aktiviti memancing dengan menggunakan umpan udang dan sotong. Hasil tangkapan kami dapat dalam belasan ekor sahaja iaitu ikan Gelama dan ikan Bolos.

Dalam pukul 2 hujan pun turun, so kami bergerak ke Batu Feringgi sebab nak wat BBQ kt sana. Sampai sana, masing2 cari port untuk BBQ,tapi aktiviti tergendala sekejap sebab kami diganggu makhluk lain iaitu anjing yang buas lagi menyeramkan. Semua dah panik dan seriau ni, last2 buat je kt satu kedai, even dekat je dengan anjing kerek tu. After that, kami korek lubang untuk operasi membakar, kawasan yang kami pilih ini di tepian pantai, so angin memang kuat, sbb tu kene gali lubang untuk memasukkan arang dan operasi membakat. 

Sesudah siap memasukkan arang dan dah dapatkan pun bara arang, hujan plak turun!!!.. dugaan... tp disebabkan bara untuk susah nk buat, kitorang dengan tak kira hujan or ribut sekalipun, walau nyawa dihujung pantai, arang mesti diselamatkan! , habis basah baju kitorang, apa2 pun mission is accomplish.. arang berjaya diselamatkan.. yeah! syabas team arang.. huaha..

Sekarang nak cari temapt baru, pada mulanya kitorang buat bersebelahan dengan kedai makan, disebabkan hujan lokasi membakar ditukar pula di dalam kedai.. hahaha.. lokasinya pun okay sebab kt dalam tu pun ada kawasan yang berpasir, selesa pun selesa, al maklum saja la, kawasan kedai makan, mujur lah tuan kedai tak de pagi2 macam ni, kalau depa dapat taw, naya la dik oii.. aktiviti dimulakan sekali lagi dengan munggunakan arang yang telah berjaya diselamatkan tadi..

Nak cerita pun panjang sangat,korang pun malas nak baca.. kan!!! haha.. senang untuk korang, layan je la gambar2 ni...

















Thanks to group Kaki Pancing UITM Pulau Pinang, next time kita plan lagi.. okay.. Salam Ramadhan buat semua, peringatan!!!.. Jangan lakukan aktiviti ini di waktu siang hari,puasa okay.. hehe









15 comments:

  1. best la dpt pi mancing..
    walau nyawa dihujung pantai, arang mesti diselamatkan.. kena ingat pepatah ibnushukran..halus~~hihi

    ReplyDelete
  2. wahhhhh.. brother kita ber BBQ
    superb... tapi kaalu dah mkn makanan
    berbakar jgn dilupa makan timun sebagai ulam
    bagus utk membuang bahan bakar yg ada dlm makanan tadi...

    ReplyDelete
  3. errr...tgk entry ni ptg2...buat perut dok tung tang tung tang ni haa.. adooi..

    walaubagaimanapun, tahniah kerana anda adalah seorg yg penyabar. if, IF, sayalah kan, jangan harap la. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. ishhh ni yang tak berapa puas hati ni.. T__T
    asal tak ajak syieda sekali.. xpun tapau ke..hukhuk...

    ReplyDelete
  5. seronok masa bujang benda ni lah..

    ReplyDelete
  6. alahai dik oii posa-posa ni boleh lak p tnegok gambar kat atas... menguji perut betul.. hehe

    ReplyDelete
  7. @fadwa daud

    hehe.. mcam karam sigh walia la plak kan..

    ReplyDelete
  8. @Nur Misnan

    owh.. yeke sis, pasal perubatan ni sis memng terbaik la, insyaAllah nxt time bawak ulam skli.. p klu ada bahan bakr dlam perut apa effect pd badan sis??..

    ReplyDelete
  9. @misz farah

    sbb seronok tu ada,sbb tu sabar.. aktivit mcam ni aktivit sihat dan afiat, so nk buat pun jadi best.. :)

    ReplyDelete
  10. @syieda_joy

    tak sempat nk tapau pun,hidang skjap je terus habis.. masing2 lapar.. haha.. p mmng puas hati,knyang sangat..

    ReplyDelete
  11. @nelly

    haha.. tahan skit lagi, nk buka da ni..

    ReplyDelete
  12. @mykhalis

    tu la kan.. time bujan gni la nk buat aktiviti macam ni.. p time kahwin nnit syok jgk, bole buat dgn family kan, so sweet.. hehehe

    ReplyDelete
  13. @~nsar~

    sy sje nk uji sis.. hehe.. nk taw best ke tak, buat la sis.. sy bakar macam2.. ikan, ayam, nugget, daging burger, hot dog.. beraneka.. haha

    ReplyDelete
  14. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip Pemeriksaan servis kereta

    wOOOO HOOOO BAGUSNYERRR SESEKALI MEMERIAHKAN AKTIVITI SEBEGINI MMG LUMAYAN.... HEPPENING HABISSS

    ReplyDelete