~ASSALAMUALAIKUM~
Dalam perjalanan dari balik tempoh hari, ada satu kempen keselematan kat tepi jalan. Dorang ada bagi satu bag yang dalam tu ada air mineral dan air minuman Malta khas untuk pemandu kereta. Dah la bagi air ni time kita puasa, tapi isu tu tak nak ambik kisah sangat, hak dia untuk memberi dan kita hanya menerima, nak minum atau tak tu antara kita dengan Allah swt.
Malam lepas berbuka nak try la air Malta ni ni kan, tapi biasalah saya klu nak minum ni kene tengok kandungan air, gula dia banyak mana dan sebagainya. Dalam membelek belek tin ni, saya terjumpa lambang crown kat bahagian tepi tin, saya dah syak sesuatu sebab sebelum ni tak pernah plak beli air Malta ni. Lepas tu cek lagi maklumat kt tin ni, ternampak la plak syarikat Guinness yang kita pun tahu Guinness ni salah satu syarikat ARAK besar dunia.
Sudah ternyata bahawa syarikat pengeluar air tin minuman ini dikeluarkan oleh syarikat ARAK besar dunia yang ternyata haram untuk kita meminumnya. Air malta ini sememangnya tidak mengandungi alkohol dan dikatakan halal, namun jika ia dikeluarkan oleh syarikan Arak, adakah kita masih meyakini untuk meminum air ni.
Berikut merupakan pendapat ustaz mengenai status air ini :
Saya mengambil langkah berjaga-jaga iaitu tinggalkan perkara yang syubhah, buatlah perkara yang diyakini halal. Adakah kita akan makan daging lembu yang HALAL yang dikeluarkan olah syarikat pengeluar daging khinzir dibawah satu premis yang sama. Sama sama fikirkan, masih banyak lagi air barli yang 100% halal yang banyak dikeluarkan syarikat yang disahkan halal. Pilihlah yang betul betul halal, tinggalkan perkara yang syubhah.
Saya tidak menyatakan haram meminum air ini, ini diserahkan pada jabatan mufti atau Jakim, cuma saya mengambil langkah berjaga jaga iaitu meninggalkan perkara syubhah ini. Saya tinggalkan satu hadith untuk renungan kita bersama...
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”
Wassalam..
Pendedahan yang sangat baik. Memang faveret drink aku nih...
ReplyDeletetengs for ur latest info..nice ntry....follow back
ReplyDeleteohhhhh.... memang tak pernah minum pun
ReplyDeletetak suka baunya.. busyuk...
ish ish... banyaknya benda meragukan... thanks atas pencerahan :..sori lama tak jenguk..
ReplyDeleterasulullah tidak kata pon kita xleh minum barangan yg tidak mengandungi alcohol ,so malta ni cuma tiada tanda halal shj, klu was was xpayah la minum.
ReplyDelete@author faethal
ReplyDeletetapi kat 99speedmart,7e banyak jual air ni di bahagian air yang halal...hmm jakim ape cerita?dahulu saya ada emelkan status air ni di ppim dan jakim apa pun takde feedback
thanks for info...
ReplyDeletehambo dah meneguknya ... Nasib baik jumpa post ni... Air ini mungkin 'halal' dari sudut kandungan yg tampa akohol, tapi keuntungan dari tin tin yang kita beli ni (dan kos lesen yg di bayar kepada Guinness Anchor) ... keuntungan yang diterima oleh syarikat Guinness Anchor ni, dorang(kafir) akan roling balik duit kita tu untuk dia jalankan bisness Arak Real dia pula... Bermakna walaupun Marta halal, tetapi KITA TERLIBAT dalam menjana pendapatan keuntungan syarikat ARAK berkenaan...
ReplyDeleteMerujuk hadis Rasulullah di atas, termasuk pak Jaga yg kerja sebagai sekurity tupun akan dikira bersubahat dengan pembuatan Arak berkenaan sebab kita "support" arak berkenaan secara tak langsung...
....Biarlah saya orang islam terakhir yang meminumnya, sebab dlm tin dah tinggal separuh kat depan mata nie ... :)
Macam mana dengan bayaran gaji kepada penjawat awam dengan wang yg dibayar sebagai cukai kepada Kerajaan Malaysia daripada Genting Berhad?
DeleteKenapa tidak ada sykt minuman islam yg buat air yg sama dan terjamin halal?
ReplyDeletenasib baik saya check awal2 kat intrnet klau tak entah pe lha jdi...
ReplyDeleteKawan saya Tuan Samsir kata Halal disisimu sayang,muah2!
ReplyDelete