Sunday, July 3, 2011

Berita Pilihan: Tikam dan bunuh setelah cinta ditolak





MELAKA: Akibat berang kerana cinta tidak berbalas, seorang lelaki mengamuk dengan mengelar leher, tangan dan menikam bekas teman wanita bersama ibunya di Kampung Baru Ayer Salak, Bukit Rambai, dekat sini.
Lim Mui Tiang, 33, dan ibunya, Ah Ngo, 75, ditemui berlumuran darah sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan, namun warga emas itu disahkan mati tidak lama selepas kejadian manakala anaknya cedera parah.

Metro Ahad difahamkan, dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, Mui Tiang sempat menghubungi abang sulungnya, Lim Ah Lai, 51, memaklumkan dia dan ibu dalam bahaya kerana suspek berusia 33 tahun itu cuba membunuh mereka.



NGERI.. tilam dipenuhi darah mangsa di ruanga tamu

Menurut Ah Lai, dia yang baru pulang ke rumahnya di Cheng Height, dekat sini, dihubungi adiknya lalu bergegas ke lokasi.

“Sebaik sampai, saya dapati pintu rumah berkunci. Apabila saya jenguk melalui tingkap di bahagian depan, saya nampak emak dan adik perempuan terbaring berlumuran darah atas tilam di ruang tamu.


Saya dan anggota polis yang tiba beberapa minit kemudian menendang pintu untuk membukanya sebelum membantu ibu dan adik yang mengerang kesakitan,” katanya.




Menurutnya, dia cuba bertanya ibunya yang masih boleh bercakap mengenai kejadian yang berlaku.

“Dalam menahan sakit, emak beritahu lelaki (suspek) yang serang dan tikam mereka adalah penduduk kampung itu. Saya cuba mententeramkan emak dan adik sebelum ambulans tiba dan membawa mereka ke hospital,” katanya.



Menurut Ah Lai, dia dimaklumkan adiknya bahawa lelaki itu berada di rumah mereka sejak jam 7 malam hingga 11.40 malam dan dikatakan cuba memikat serta mengajaknya keluar bersamanya.

Katanya, adiknya enggan mengikut lelaki itu kerana sudah berkahwin dan mempunyai anak.


“Ketika kejadian, lelaki itu berada di dapur bersama Mui Tiang yang menggunakan komputer, manakala ibu menonton televisyen di ruang tamu sambil berbaring di atas tilam.


“Saya difahamkan, lelaki itu cuba memikat dan memujuk adik saya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia enggan mengikut lelaki berkenaan dengan alasan mereka masing-masing berkahwin.


“Disebabkan sudah lewat, adik meminta dia balik, namun lelaki itu dikatakan marah dan mengugut membunuh adik. Lelaki itu kemudian mengambil pisau dan menikam adik saya,” katanya.


Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, adiknya masih mampu menghubunginya sebelum pergi ke ruang tamu dan melihat lelaki itu menikam dan mengelar leher ibunya yang cuba pergi ke dapur apabila mendengar jeritan adiknya.



MANGSA... Gambar perkahwinan Mui Tiang dan suami

Difahamkan, anak tunggal Mui Tiang yang berusia dua tahun dan dikenali sebagai Ah Boi, ketika itu tidur di dalam sebuah bilik dan terselamat.


Menurutnya, Mui Tiang adalah anak bongsu daripada tujuh beradik dan bakal berpindah bersama ibu mereka ke luar negara akhir tahun ini mengikut suaminya yang bekerja di sana.


“Kejadian ini sungguh mengejutkan dan saya sekeluarga sedih serta berharap polis berjaya menangkap lelaki terbabit,” katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki terbabit dalam kejadian itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, jam 11 pagi.


Menurutnya, polis masih menyiasat mengenai insiden itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, jam 11.30 malam. [SUMBER]
     






ibnushukran: masyaAllah.. ngeri betul la tengok bnde2 macam ni terjadi, risau terjadi pada keluarga kita, manusia seakan tiada pertimbangan, bunuh tu perkara biasa.. harap kita sentiasa berdoa moga dilindungi Allah swt dari segala perkara kejam seperti ini...













20 comments:

  1. ish... ni mmg melampau ni.... mmg patut pun dy tolak...

    -Yok mampir diluk = ”siapa mak ayah saya”...

    ReplyDelete
  2. Nape la sibuk dok kacau bini org.. Masing2 pun dah kawen.. Alahai dunia sekarang..

    ReplyDelete
  3. aish.. nauzubillah min zalik! minta dijauhkan la perkara cmni..

    actually that girl tak patut bagi that guy masuk rumah dye lansung sebab dye dah bersuami. wallahua'lam. pengajaran, jangan main2 dgn lelaki. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. bila syaitan da menguasai fikiran,semua benda boleh jadi..nauzubillah

    ReplyDelete
  5. ish pelik-pelik betul.
    dah org tak nak terima je la.haish
    susah kalau tak boleh terima kenyataan samapi mcm tu

    ReplyDelete
  6. @::blog anak jawer::

    mmng patut dri awal, perangai macam hapa. huhu

    ReplyDelete
  7. @dzafira

    aah. sibuk kcu bini orang wat pe,sengal.. pstu orng xnak, bunuh2 plak.. adooii..

    ReplyDelete
  8. @misz farah

    aah kan. mcam mne laki tu bole ada dlm umah pmpuan tu, klu dia kunci pintu msti xjdi macam ni... pngjarannya kunci pintu umah klu rasa xselamat or xramai..

    ReplyDelete
  9. @fadwa daud

    bila syaitan dah kuasai cinta, cinta boleh jadi mati.. bnyakkan berdoa moga dlindungi...

    ReplyDelete
  10. @nelly

    mmg kesian sangat,satu kluarga jdi mngsa,nenek pun maut dek llki macam tu..

    ReplyDelete
  11. @schaze zainn

    biasa la tu,fikiran bercelaru,syaitan plak mnghasut, dpt plak jnis panas baran.. hbis la.. marah sampai berbunuh2.. masyaAllah.. takut rasanya..

    ReplyDelete
  12. cinta tak mengenal siapa dia
    bezanya lelaki itu silap bertindak
    dan berfikiran tdak rasional...

    takziah utk ibu beliau...

    ReplyDelete
  13. mnusia smakin hilang nilai kmanusiaan

    ReplyDelete
  14. @Nur Misnan

    mmgn tak sepatutnya kacau bini orang, da la orang menolak, nak jgk..

    ReplyDelete
  15. @Cik Teddy

    makin hari makin bnyak plak kes2 y bhaya2.. kita kne berhati2..

    ReplyDelete
  16. manusia ni kalau kena rasuk di setan perangai lagi teruk dari setan

    ReplyDelete
  17. @mykhalis

    bila syaitan da sebati dgn jiwa kita, macam ni la jadi, berbalik pada zaman jahiliah, tiada pautan agama dalam diri, hasilnya binasalah..

    ReplyDelete
  18. skang ni mcm2 yg menakutkan..kejam gler...

    ReplyDelete
  19. apa nak dikesiankan...ini org cine pi mampuslah. org tak de agama. baik kesiankan nasib sesama org islam lagi baik

    ReplyDelete